Amalan membaca zikir Ya Haiyyu Ya Qaiyyum antara zikir yang dapat menenangkan hati dan perasaan. Imam Al Ghazali mengatakan "Sesiapa yang menginginkan keuntungan mempunyai kewibawaan, akan dimuliakan, terlindung dari segala bahaya dan tipu daya musuh, diindahkan tutur katanya dan diluaskan rezekinya menjadi kaya, maka bacalah selalu zikir Ya Haiyyu Ya Qaiyyum.
Zikir ini membawa maksud Ya Haiyyu Ya Qaiyyum iaitu Yang Maha Hidup lagi Berdiri Dengan Sendiri. Zikir ini elok dijadikan amalan untuk dibaca sebanyak 1,000 kali sehari setiap hari. Jika berkesempatan untuk mengamalkan zikir lebih daripada 1,000 kali adalah lebih baik. Pada anda yang sentiasa dalam kesusahan perbanyakkan bacaan zikir ini sekurang-kurangnya Allah akan memberi ketengangan jiwa dan mendapat pahala.
