Khamis, 9 April 2020

Wabak Penyakit Virus Corona - Covit-19

Pada bulan Disember 2019, dunia dikejutkan dengan berita bandar Wuhan di negara China telah merebak satu penyakit misteri yang boleh menyebabkan kematian.  Penyakit tersebut mudah dijangkiti kepada orang lain jika duduk bersebelahan apatah lagi bersentuhan.  Pada mulanya dunia tidak begitu mengendahkannya dan aku juga beranggapan inilah hukuman Allah terhadap orang dari negara China yang telah menyiksa ramai orang Uighur beragama Islam.   Kadang kala penyiksaannya keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan dengan membunuh kaum lelaki Ughyur, manakala wanitanya dirogol dan anak-anaknya dipisahkan dari keluarga.  Mereka dipaksa menganuti ugama budha dan dipaksa makan binatang yang diharamkan oleh agama Islam iaitu diberi makanan yang mengandungi babi.


Pada mulanya aku tidak mengesahkan sangat penyakit ini, tetapi bila ditularkan satu video orang yang diserang penyakit tersebut akan membuat tingkah laku seperti binatang dan dan yang paling menakutkan kerana sorang demi sorang rakyatnya yang dihinggapi virus corona-19 tumbang jatuh bergelimpangan di jalan semakin ramai.


Malaysia dapat mengesan kemasukan virus ini pada awal bulan Januari 2020 melalui kemasukan pelancong dari negara China di Johor.  Bermulanya dari detik itu maka sehingga kini tarikh 19 Mac 2020 telah mencecah sebanyak xxxx kes, yg sembuh xxxx kes, yg sedang dirawat sebanyak xxxx kes dan yang meninggal dunia sebanyak xx kes.

Kerajaan telah mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 selama 2 minggu  apabila wabak ini semakin menular dan tidak terkawal.  PKP ini dibuat bagi mengelakkan wabak ini tidak merebak dan dimaklumkan jangka hayat virus ini selama 14 hari. Jika ada kes baru boleh dikesan dan dikuarantinkan dlm tempoh 2 minggu juga untuk memastikan pesakit tersebut benar2 positif covit19.

Setiap orang diminta tidak dibenarkan keluar rumah dan hanya ketua keluarga dibenarkan keluar untuk membeli keperluan penting sahaja.  Sesiapa yg keluar hendaklah menggunakan topeng muka atau mask bagi mengelakkan terkena virus ini melalui sentuhan, batuk dll.

Selasa, 13 November 2018

Penghulu segala istighfar

Hari ini saya mendengar ceramah agama melalui youtube  daripada Syeikh Ali Jaber berkaitan 4 amalan yang akan mendatangkan rezeki dari Allah SWT.   4 amalan tersebut yang amat digalakkan bagi perkara tersebut adalah seperti:

1.   Melakukan solat malam - Qiamulail.

Waktu yang baik bangun di tengah malam untuk beribadah seperti melakukan solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.   Sebaik-baiknya  hendaklah dilakukan pada dua pertiga malam atau paling lewat 1/3 malam.

Amalan solat malam ini digalakkan untuk kital lakukan bagi mendapatkan rahmat dari Allah untuk meningkatkan kehidupan yang lebih baik di dunia dan di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

2.   Berbanyak baca istighfar waktu sahur (pada bulan ramadan.  Tempoh yang terbaik dibuat istighfar ini dibuat masanya bacaan 50 ayat  sebelum azan).   Istighar yang baik diamalkan seperti Saiyyidul Istighfar.

3.   Bersedekah dengan cara istiqamah walaupun sedikit.
 Kita juga digalakkan memberi sedekah ketika kita mendapat berita yang mengembirakan.  Kita juga digalakkan bersedekah jika kita mempunyai sebarang permasalahan dalam apa juga yang dihadapi.  Sebaik-baiknya bersedekah secara istiqamah walaupun sedikit.

4.   Berzikir pada waktu pagi dan pada waktu petang.




Kepada anda yang ingin mendengar ceramah Syeikh Ali Jaber ini dengan lebih jelas, boleh mendengar ceramah tersebut pada video di bawah ini.




Selasa, 2 Oktober 2018

Zikir Ya Haiyyu Ya Qaiyyum

Amalan membaca zikir Ya Haiyyu Ya Qaiyyum antara zikir yang dapat menenangkan hati dan perasaan. Imam Al Ghazali mengatakan "Sesiapa yang menginginkan keuntungan mempunyai kewibawaan, akan dimuliakan, terlindung dari segala bahaya dan tipu daya musuh, diindahkan tutur katanya dan diluaskan rezekinya menjadi kaya, maka bacalah selalu zikir Ya Haiyyu Ya Qaiyyum.

Zikir ini membawa maksud Ya Haiyyu Ya Qaiyyum iaitu Yang Maha Hidup lagi Berdiri Dengan Sendiri.  Zikir ini elok dijadikan amalan untuk dibaca sebanyak 1,000 kali sehari setiap hari.  Jika berkesempatan untuk mengamalkan zikir  lebih daripada 1,000 kali adalah lebih baik.    Pada anda yang sentiasa dalam kesusahan perbanyakkan bacaan zikir ini sekurang-kurangnya Allah akan memberi ketengangan jiwa dan mendapat pahala.










Rabu, 27 Disember 2017

Zikir Nama-nama Allah

Antara zikir yang paling saya suka dan boleh mengalirkan air mata ialah zikir nama-nama Allah.  Zikir ini saya dengar berulang-ulang kali dan saya sebut nama Allah dalam hati supaya  saya dapat menghafal nama-nama Allah.  Boleh diamalkan dan elok diberi pendedahan kepada anak-anak yang masih kecil.

Antara kelebihan menghafal, mengamal dan menghayati maksudnya  zikir nama-nama Allah ini, insyaallah akan mendapat rahmat Allah.


Isnin, 25 Disember 2017

ZikirHasbi Robbi - Penenang Jiwa

Kadang kala kita akan merasai perasaan hati yang  tidak tenang dan tidak tenteram.  Antara salah satu zikir yang amat baik untuk tenangkan jiwa yang berserabut, bolehlah mengamal dan mendengar zikir ini.  Jika anda menghayati alunan zikir-zikir ini boleh mengalirkan air mata.

Bagi memberi pengetahuan kepada pembaca maksud zikir ini, supaya kita lebih menghayati zikir yang diamalkan.








Definasi Zikir


Perkataan zikir (ذکر)  berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud ingat ataupun sebut.  Bila dikatakan zikir, selalunya kita merujuk kepada ingat kepada Allah ataupun menyebut nama-nama Allah.  Dalam agama islam, perbuatan melakukan zikir kepada Allah amatlah digalakkan dan sesiapa yang melakukan zikir kepada Allah akan mendapat pahala.  Antara zikir yang disukai oleh Allah dan ringan pada lidah tapi berat pada timbangan seperti subhanAllahi wabihamdi.  Ini berdasarkan satu hadis yang bermaksud:

"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,"Sukakah engkau (Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).

Zikir juga boleh menenangkan jiwa jika dalam keresahan.  Zikir juga boleh mengubati penyakit jika kita mengamalkannya.   Antara yang pernah saya alami ketika sakit kepala yang amat sangat, saya membuka chanel Al-Hijrah yang ketika itu menyiarkan zikir.  Sambil saya duduk di kerusi malas sambil menutup mata, telinga saya mendengar zikir-zikir yang disiarkan sehinggalah saya tidak sedar sakit kepala yang saya alami semakin lama semakin hilang dan perasaan tenang menyelubungi jiwa saya.  Subhanaullah.


Sekiranya anda ingin mendengar zikir-zikir ini bolehlah mendengar sambil menghayatinya.  Semoga anda diberi ketengan jiwa dalam mendengar dan mengamalkan zikir-zikir ini.   Aamiin.



Wabak Penyakit Virus Corona - Covit-19

Pada bulan Disember 2019, dunia dikejutkan dengan berita bandar Wuhan di negara China telah merebak satu penyakit misteri yang boleh menye...