Perkataan zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud ingat ataupun sebut. Bila dikatakan zikir, selalunya kita merujuk kepada ingat kepada Allah ataupun menyebut nama-nama Allah. Dalam agama islam, perbuatan melakukan zikir kepada Allah amatlah digalakkan dan sesiapa yang melakukan zikir kepada Allah akan mendapat pahala. Antara zikir yang disukai oleh Allah dan ringan pada lidah tapi berat pada timbangan seperti subhanAllahi wabihamdi. Ini berdasarkan satu hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,"Sukakah engkau (Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).
Zikir juga boleh menenangkan jiwa jika dalam keresahan. Zikir juga boleh mengubati penyakit jika kita mengamalkannya. Antara yang pernah saya alami ketika sakit kepala yang amat sangat, saya membuka chanel Al-Hijrah yang ketika itu menyiarkan zikir. Sambil saya duduk di kerusi malas sambil menutup mata, telinga saya mendengar zikir-zikir yang disiarkan sehinggalah saya tidak sedar sakit kepala yang saya alami semakin lama semakin hilang dan perasaan tenang menyelubungi jiwa saya. Subhanaullah.
Sekiranya anda ingin mendengar zikir-zikir ini bolehlah mendengar sambil menghayatinya. Semoga anda diberi ketengan jiwa dalam mendengar dan mengamalkan zikir-zikir ini. Aamiin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan